9 Oktober 2004, Sabtu - Ummah2u.com dan MLSolutions telah menjalin satu persefahaman dalam urusan perniagaan masing-masing.
MLSolutions yang menjadi peneraju dalam bidang Mereka dan membina laman web, Perunding cara IT, Perunding cara rangkaian, Digital album, Menjual dan membaiki komputer, Menyediakan rancangan perniagaan untuk individu dan juga syarikat akan menguruskan pelanggan-pelanggan ummah2u yang inginkan kami membina dan merangka laman web mereka.
Dengan persefahaman ini, ummah2u.com hanya akan menguruskan pendaftaran domain dan hosting. Kami di ummah2u tidak mengambil sebarang faedah dari khidmat yang diberikan oleh MLSolutions.
Berkenaan harga yang dinyatakan, ia adalah bergantung kepada harga semasa yang diberikan oleh MLSolutions kepada pelanggan-pelanggan mereka.
Perkembangan ini adalah satu manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam satu perniagaan yang sihat.
|