Login
Login Status
User Name:

Password:

Forgot your password?
Click here for reset.

   

Menu Utama
· Laman Utama
· Aluan
· Berkenaan Kami
· Kandungan Fantastico
· Kandungan Cpanel
· Maklumat Server
· Tulang Belakang
· Berkenaan Domain
· Cara Bayaran
· Artikel
· Soalan Lazim
· Hubungi Kami
· Terms of Usage

Menu Pelanggan
· Whois
· Meja Bantuan
· Buat Pesanan

Link Ummah
· Sensormaths
· Segamat Ham Club
· Laman PHP ZULKIPLY HARUN
· Dato’ Kamarul Baharin Abbas
· Kedai Online Anda
· Sekijang
· Halaqah
· Norsalim Ali
· Dellantre
· PAS Bukit Bendera
· Blogmuslim
· Qudwah
· WANFONG, (Education) Consulati
· PAS Bukit Bendera
· Mieafa
· Amanpalestin
· Ultramaya






Yahoo Messenger

About This Site

ummah2u.com adalah milik bumiputera yang memusatkan kepada Tekonlogi Maklumat. Dengan mengajak rakyat Malaysia mempunyai laman web berserta domain unik mereka sendiri sebagaimana hasrat dan cita-cita kerajaan menjadikan "sebuah rumah sebuah komputer". Maka kami berhasrat agar setiap rumah mempunyai sebuah laman web masing-masing, berserta nama domain mereka sendiri bukan lagi mengharapkan penyedia webhosting percuma yang sememangnya menekan dan menetapkan syarat-syarat yang kita sendiri tidak mampu untuk menunaikannya kecuali menyewa dengan mereka.

Apalah ertinya sebuah komputer sekiranya tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebaikan, menjadikan lambakan informasi, pelajaran dan sebagainya didalam laman web agar mudah dicapai oleh seluruh penduduk di dunia ini. Apabila Bahasa Melayu menjadi bahasa ke empat terbesar penuturnya di dunia, maka kita seharusnya memperbanyakkan bahan-bahan berbahasa Melayu agar saudara-saudara kita yang lain dapat menikmati bersama apa yang telah kita kecapi dan nikmati sekarang ini.

Untuk menjayakan cita-cita negara dan semua yang dikatakan diatas, kami bergerak berganding bahu membantu kepada yang memerlukan bantuan kami khususnya didalam bidang pembinaan laman web dan penyewaan ruang server.

Justeru kebanyakan server yang berada di negara ini masih lagi meletakkan harga yang tinggi, kami telah bergabung dengan rakan-rakan kami untuk mendapatkan server dari luar negara pada kadar harga yang murah dan mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Berasaskan persepakatan dan perkongsian kami bersama, InsyaAllah kami mampu memberikan saingan harga kepada seluruh rakyat Malaysia.

Maka anda pasti dapati bahawa harga yang kami tawarkan adalah sungguh berpatutan.

ummah2u.com adalah dimiliki oleh Ikatan Ummah Enterprise MA0026438-H yang dipunyai oleh Puan Shamsiah Md Deris sebagai pemilik Tunggal manakala Saudara Mohd Nor dan Saudara Abdullah adalah kakitangan yang mencetuskan ummah2u bergiat sebagai penyedia perkhidmatan laman web (web hosting provider)

Sebenarnya Ikatan Ummah Enterprise MA0026438-H pada awalnya hanya menjual komputer dan menjalankan servis, sehinggalah kami diberi kepercayaan oleh pihak Hospital Segamat, Johor, untuk membekalkan keperluan komputer dan perkakasannya bermula Disember 2000 lagi.

Bertitik tolak daripada itu kami telah melancarkan laman web sulong berunsur portal berinformasi yang dikenali sebagai e-ummah, anda boleh melawatnya di sini

Sesungguhnya kami yakin bahawa dengan dorongan dan sokongan dari pelanggan-pelanggan, pasti kami akan berjaya, oleh itu perkhidmatan dan layanan kepada pelanggan adalah perkara penting yang kami utamakan.

Kami tidak berani mengatakan bahawa kami adalah yang terbaik, tetapi kami adalah apa yang dinilaikan oleh pelanggan-pelanggan kami

Return
Copyright ummah2u.com 2003-2009, all rights reserved
Skrip diberikan oleh: phpCOIN