Login
Login Status
User Name:

Password:

Forgot your password?
Click here for reset.

   

Menu Utama
· Laman Utama
· Aluan
· Berkenaan Kami
· Kandungan Fantastico
· Kandungan Cpanel
· Maklumat Server
· Tulang Belakang
· Berkenaan Domain
· Cara Bayaran
· Artikel
· Soalan Lazim
· Hubungi Kami
· Terms of Usage

Menu Pelanggan
· Whois
· Meja Bantuan
· Buat Pesanan

Link Ummah
· Sensormaths
· Segamat Ham Club
· Laman PHP ZULKIPLY HARUN
· Dato’ Kamarul Baharin Abbas
· Kedai Online Anda
· Sekijang
· Halaqah
· Norsalim Ali
· Dellantre
· PAS Bukit Bendera
· Blogmuslim
· Qudwah
· WANFONG, (Education) Consulati
· PAS Bukit Bendera
· Mieafa
· Amanpalestin
· Ultramaya






Yahoo Messenger

Privacy Policy

ummah2u.com

Polisi Privasi Internet

Ummah2u.com menghormati hak privasi setiap individu yang melawat laman web kami. Kenyataan privasi ini adalah untuk menyediakan kenyataan piawai dan terma-terma yang digunakan oleh Ummah2u.com bagi melindungi privasi maklumat yang diberikan oleh individu yang melawat laman web yang dimiliki oleh Ummah2u.com. Kenyataan privasi ini adalah sebagai notis mengenai amalan pengutipan maklumat dan bagaimana maklumat anda digunakan. Polisi ini mungkin berubah, oleh itu, diharapkan anda melihat kembali maklumat ini dari masa ke semasa.

A. Maklumat Pengenalan-Identiti

Ummah2u.com biasanya menerima data tertentu mengenai pelawat laman web kami hanya apabila data itu diberikan secara sukarela, seperti apabila pelawat kami ingin mendapatkan maklumat tertentu, memulakan tiket bantuan pelanggan, membeli atau menyertai perkhidmatan kami, memberikan resume untuk menjadi pekerja kami atau menghantar email kepada kami. Sudah tentu, beberapa kegiatan ini memerlukan anda memberikan maklumat kepada kami, seperi membuat pembelian, menggunakan kad kredit untuk membuat pembayaran, menghantar resume atau memohon apa-apa maklumat.

Apabila anda memberikan maklumat pengenalan-identiti kepada kami menerusi laman web kami, ia akan digunakan untuk menyelesaikan permintaan anda. Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin diminta untuk membenarkan atau tidak membenarkan Ummah2u.com menggunakan maklumat anda untuk tujuan-tujuan lain. Anda juga boleh menghantarkan permintaan kepada kami untuk tidak menggunakan maklumat anda bagi tujuan selain yang anda tetapkan kepada support[at]ummah2u.com, bagaimanapun, Ummah2u.com berhak, untuk menghantarkan buletin kepada anda atau apa-apa maklumat penting mengenai perkhidmatan kami.

Jika tiada permintaan anda, kami juga berhak untuk menghantar maklumat mengenai produk atau tawaran daripada mana-mana anak syarikat kami, agen bertauliah kami, atau mana-mana pihak yang mempunyai hubungan dengan kami untuk memaklumkan kepada anda mengenai produk atau perhidmatan yang ditawarkan oleh kumpulan kami yang mungkin akan menarik minat anda.

Walaubagaimanapun, Ummah2u.com tidak akan menjual atau meniagakan maklumat anda melainkan kami diberikan kebenaran oleh anda atau undang-undang untuk melakukan nya. Di laman kami, di mana anda secara sukarela memberikan maklumbalas, data, jawapan, soalan, komen, cadangan, idea dan sebagainya, Ummah2u.com akan menganggap maklumat itu sebagai bukan sulit dan boleh digunakan oleh Ummah2u.com melainkan mengikut apa yang dinyatakan dalam kenyataan privasi ini. Ummah2u.com tidak bertanggungjawab untuk melindungi maklumat seumpama itu.

B. Maklumat bukan Pengenalan-Diri (Maklumat Generic)

Secara umumnya, Ummah2u.com mendapatkan maklumat generic secara otomatik. Maklumat generic tidak mendedahkan identiti pelawat. Ia biasanya mengenai alamat Internet yang diberikan kepada komputer anda (IP), bilangan dan kekerapan lawatan dan sebagainya. Ummah2u.com mengumpulkan maklumat itu untuk menentukan keperluan pelanggan dan kesesuian laman web. Maklumat itu diperolehi dengan pelbagai cara termasuk menggunakan "cookies" (teknologi yang boleh digunakan untuk menyediakan kepada pelawat maklumat yang dikhususkan untuk mereka). Anda boleh memilih untuk tidak menerima "cookie" apabila melawat laman web kami.

C. Laman web yang dihostkan oleh ummah2u.com, server, papan buletin, forum dan laman pihak ketiga:

Maklumat yang anda paparkan di ruang awam, termasuk mana-mana papan buletin, ruang chat, atau laman web yang dihoskan oleh Ummah2u.com atau mana-mana laman web kami, adalah boleh diperolehi oleh sesiapa sahaja yang melawat ruang itu. Kami tidak boleh menghalang maklumat yang anda paparkan di ruang itu. Kami jga tidak boleh melindungi maklumat anda yang anda berikan kepada pihak ketiga menerusi link daripada laman web kami dan kami mencadangkan anda membaca kenyataan privasi laman web terbabit.

D. Pengecualian dan Had:

Mengikut keadaan di atas dan bersesuaian dengan kehendak undang-undang, Ummah2u.com

1. bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, negeri dan persekutuan dalam mana-mana penyiasatan berkaitan dengan apa-apa kandungan (termasuk komunikasi peribadi kepada Ummah2u.com) atau apa-apa tindakan yang menyalahi undang-undang yang menggunakan perkhidmatan kami

2. Untuk tujuan terhad bagi membantu penyiasatan, atau meyesuaikan dengan mana-mana peruntukan undang-undang, Ummah2u.com mungkin diminta untuk memberikan maklumat pengenalan-diri pelanggan kami. Selain itu, Ummah2u.com boleh untuk mengawasi apa sahaja komunikasi pelanggan
(i) untukkeperluan mana-mana undang-undang, peraturan atau permintaan kerajaan;
(ii) jika pendedahan maklumat pelanggan itu adalah perlu dan patut untuk operasi Ummah2u.com; atau
(iii) untuk melindungi hak dan harta Ummah2u.com dan lain-lain.

Jika wujud kemungkinan penjualan atau perpindahan mana-mana kepentingan Ummah2u.com atau kumpulan kami, Ummah2u.com berhak menjual atau memindahkan maklumat anda kepada pihak ketiga (termasuk, tetapi tidak terhad kepada nama, alamat dan apa-apa maklumat komunikasi anda yang diberikan kepada kami) yang
(i) menumpukan perniagaannya dalam perkhidmatan atau produk komunikasi dan;
(iii) bersetuju dengan kenyataan privasi ini.

Penggunaan server resource

a) Penggunaan 25% atau lebih system resource dengan tempoh lebih dari 120 saat, pengecualian untuk one-offs, update, backup, dan lain lain. (kalau website anda menggunakan secara berlebihan, anda harus mendapatkan VPS atau dedicated server yang lain, hampir semua shared host tidak membenarkan penggunaan yang berlebihan)

b) Menjalankan proses server yang berjalan secara berterusan sangatlah dilarang, contohnya IRCD.

c) Menjalankan apapun system chat berskala besar seperti IRC, atau seperti dari chat rooms lainnya.

d) Menjalankan aplikasi bittorrent seperti tracker, client, rapidleech atau rapid get.

e) Menjalankan server game seperti counter strike dan seumpamanya.

f) Menjalankan ‘cron jobs/entries' dengan interval kurang dari 1 jam seperti backup otomatis.


ummah2u.com
kemaskini: 05 Julai 2009 15:12

Return
Copyright ummah2u.com 2003-2009, all rights reserved
Skrip diberikan oleh: phpCOIN